Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Pindaan Jadual Kedua
Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dipinda dalam Jadual Kedua—
(a)
dengan memotong ruang pertama di bawah ruang "Kesalahan";
(b)
dengan memasukkan selepas kepala "Akta Penculikan 1961 [Akta 365]" dan butiran yang berhubungan dengannya kepala dan butiran yang berikut:
KesalahanPerihalanAkta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia(Perbadanan)1973[Akta105]Seksyen13Menjalankan perniagaan kayu tanpa pendaftaran
(c)
dengan menggantikan butiran di bawah kepala "Akta Pengurupan Wang 1998 [Akta 577]" dengan butiran yang berikut:
Seksyen 4Menjalankan perniagaan pengurupan wang tanpa lesen
(d)
dengan memasukkan selepas kepala "Akta Pengurupan Wang 1998 [Akta 577]" dan butiran yang berhubungan dengannya kepala dan butiran yang berikut:
KesalahanPerihalanAkta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400]Seksyen 5Menjalankan perniagaan sebagai pemberi peminjam wang tanpa lesen
(e)
dengan memasukkan selepas kepala "Akta Cakera Optik 2000 [Akta 606]" dan butiran yang berhubungan dengannya kepala dan butiran yang berikut:
KesalahanPerihalanAkta Pemegang Pajak Gadai 1972 [Akta 81]Seksyen 7Menjalankan perniagaan sebagai pemegang pajak gadai tanpa lesen
(f)
dengan memasukkan selepas kepala "Akta Takaful 1984 [Akta 312]" dan butiran yang berhubungan dengannya kepala dan butiran yang berikut:
KesalahanPerihalanAkta Perihal Dagangan 1972 [Akta 87]Seksyen 3Memberikan perihal dagangan palsu
Dibuat 5 November 2007 [BNM/JUN; PN(PU $ ^{2} $ )622/IV]
TAN SRI NOR MD BIN YAKCOP
Menteri Kewangan Kedua
ANTI-MONEY LAUNDERING AND ANTI-TERRORISM FINANCING ACT 2001
ANTI-MONEY LAUNDERING AND ANTI-TERRORISM FINANCING (AMENDMENT OF SECOND SCHEDULE) (No.3) ORDER 2007