Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Perintah Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan
Keganasan
(Resolusi
Majlis
Keselamatan)
(Al-Qaida dan
Taliban)
2011
[P.U. (A) 402/2011], yang disebut “Perintah ibu” dalam Perintah ini, dipinda—
(a)
dalam takrif “entiti tersenarai”, dengan memasukkan selepas perkataan
“dalam Senarai 1267” perkataan “dan Senarai 1988”;
(b)
dengan menggantikan takrif “entiti yang dinyahsenaraikan” dengan takrif yang berikut:
‘ “entiti yang dinyahsenaraikan” ertinya entiti yang dikeluarkan—
(a)
daripada Senarai 1267 oleh Jawatankuasa 1267; dan
(b)
daripada Senarai 1988 oleh Jawatankuasa 1988;” ’;
P.U. (A) 255 3
(c)
dalam takrif “Senarai 1267”, dengan memasukkan selepas perkataan
“yang bersekutu dengan mereka” perkataan “yang dikemas kini oleh
Jawatankuasa 1267 dan boleh didapati di laman sesawang rasmi
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di http://www.un.org”;
(d)
dengan memasukkan selepas takrif “Jawatankuasa 1267” takrif yang berikut:
‘ “Jawatankuasa 1988” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan menurut Resolusi 1988 (2011) Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu” ’; dan
(e)
dengan memasukkan selepas takrif “Senarai 1267” takrif yang berikut:
‘ “Senarai 1988” ertinya Senarai Disatukan bagi entiti yang diwujudkan dan disenggarakan oleh Jawatankuasa 1988 berkenaan dengan Al-Qaida, Usama bin Laden dan Taliban, dan individu lain, kumpulan, perusahaan dan entiti yang bersekutu dengan mereka yang dikemas kini oleh Jawatankuasa 1988 dan boleh didapati di laman sesawang rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di http://www.un.org”.’
Pindaan perenggan 4