Malaysia legislation

Section 1

of PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN DAN HASIL DARIPADA AKTIVITI HARAM (PENGGUNAAN BAHAGIAN IV) (NO. 2) 2014

Seksyen 1

Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Pencegahan Pengubahan Wang

Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram

(Penggunaan Bahagian IV) (No. 2) 2014.

Penggunaan perenggan 14(1)(a) Akta 2.

Peruntukan perenggan 14(1)(a) Akta hendaklah digunakan berkenaan dengan institusi pelapor yang berikut bagi transaksi tunai mana-mana orang bagi jumlah lima puluh ribu ringgit dan ke atas dalam satu hari:

(a)

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dan Bank Simpanan Nasional, yang kedua-duanya merupakan institusi yang ditetapkan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002

[Akta 618];

(b)

Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah Akta Tabung Haji 1995

[Akta 535]; dan

(c)

Malaysia Building Society Berhad, syarikat yang diperbadankan di bawah

Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan menjalankan perniagaan kredit bangunan.

P.U. (A) 324 3

Penggunaan perenggan 14(1)(c) Akta 3.

Peruntukan perenggan 14(1)(c) Akta hendaklah digunakan berkenaan dengan semua institusi pelapor.

Disyorkan 26 November 2014

Dibuat 27 November 2014

[BNM.JUN 1125/3603; PN(PU2)622/XVII]

TAN SRI DATO’ SRI DR. ZETI AKHTAR AZIZ

Pihak Berkuasa Berwibawa

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

P.U. (A) 324 4

ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING AND PROCEEDS OF

UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001

ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING AND PROCEEDS OF

UNLAWFUL ACTIVITIES (INVOCATION OF PART IV) (NO. 2) ORDER 2014

Section 1 — PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN DAN HASIL DARIPADA AKTIVITI HARAM (PENGGUNAAN BAHAGIAN IV) (NO. 2) 2014