Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Pindaan perenggan 2
(a)
membeli dan menjual harta tak alih;
(b)
menguruskan wang klien, sekuriti atau harta lain;
P.U. (A) 494 3
(c)
menguruskan akaun termasuklah akaun simpanan dan sekuriti;
(d)
mengelola sumbangan bagi penubuhan, pengendalian atau pengurusan syarikat; atau
(e)
menubuhkan, mengendalikan atau menguruskan entiti undang-undang atau perkiraan, dan membeli atau menjual entiti perniagaan.
(2)
Perenggan 14(1)(b), dan seksyen 20 dan 24 Akta hendaklah digunakan ke atas mana-mana institusi pelapor yang menjalankan apa-apa aktiviti yang dinyatakan dalam perenggan 13 Jadual Pertama kepada Akta apabila institusi pelapor itu menyediakan atau menjalankan aktiviti yang berikut bagi kliennya:
(a)
bertindak sebagai ejen yang menubuhkan entiti undang-undang;
(b)
bertindak sebagai (atau mengatur bagi orang lain untuk bertindak sebagai) seorang pengarah atau setiausaha suatu syarikat, seorang pekongsi suatu perkongsian, atau suatu kedudukan yang seumpamanya berhubung dengan entiti undang-undang yang lain;
(c)
mengadakan suatu pejabat berdaftar, alamat perniagaan atau penginapan, alamat surat-menyurat atau pentadbiran bagi suatu syarikat, perkongsian atau apa-apa entiti undang-undang atau perkiraan lain;
(d)
bertindak sebagai (atau mengatur bagi orang lain untuk bertindak sebagai) seorang pemegang amanah suatu amanah nyata; atau
P.U. (A) 494 4
(e)
bertindak sebagai (atau mengatur bagi orang lain untuk bertindak sebagai) seorang pemegang syer nomini bagi seorang yang lain.”.
Dibuat 24 Disember 2021
[BNM.JUN 1125/36/03; PN(PU2)622/JLD.42]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
P.U. (A) 494 5
ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING AND PROCEEDS OF
UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001
ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING AND PROCEEDS OF
UNLAWFUL ACTIVITIES ACT (INVOCATION OF PART IV) (NO. 2)
(AMENDMENT) ORDER 2021