Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN DAN HASIL DARIPADA AKTIVITI HARAM (PINDAAN JADUAL PERTAMA DAN KEDUA) 2017

Seksyen 2

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan

Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, yang disebut “Akta ibu”

dalam Perintah ini, dipinda dalam Bahagian I Jadual Pertama—

(a)

dalam perenggan 13, dengan menggantikan perkataan “seksyen 139a

Akta Syarikat 1965 [Akta 125]” dengan perkataan “seksyen 235 Akta

Syarikat 2016 [Akta 777]”;

(b)

dalam perenggan 24, dengan menggantikan perkataan “Akta Syarikat 1965” dengan perkataan “Akta Syarikat 2016”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas perenggan 24 perenggan yang berikut:

“25. (1) Aktiviti yang dijalankan oleh mana-mana orang yang menyediakan mana-mana atau mana-mana kombinasi perkhidmatan yang berikut:

(a)

pertukaran mata wang digital untuk mata wang;

(b)

pertukaran mata wang untuk mata wang digital;

(c)

pertukaran sesuatu mata wang digital untuk mata wang digital yang lain, sama ada dalam menjalankan perniagaan pertukaran mata wang digital atau selainnya.

6898

(2)

Bagi maksud perenggan ini, “mata wang digital” ertinya representasi nilai secara digital yang berfungsi sebagai suatu perantara pertukaran dan boleh ditukar dengan apa-apa mata wang, termasuk melalui pengkreditan atau pendebitan sesuatu akaun, tetapi tidak termasuk wang elektronik, seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] dan Akta

Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759], yang dikeluarkan oleh pengeluar wang elektronik yang diluluskan di bawah Akta-Akta itu.”.

Pindaan Jadual Kedua