Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Perhentian bagi kenderaan-kenderaan perkhidmatan awam
Kuala Lumpur dengan keluasan 17,988.915 meter persegi yang dikenali sebagai
Hentian Putra hendaklah digunakan sebagai perhentian bagi kenderaan-kenderaan perkhidmatan awam.
Syarat ke atas mana-mana orang yang memandu kenderaan perkhidmatan awam di perhentian bagi kenderaan-kenderaan perkhidmatan awam 3.
(1)
Mana-mana orang yang memandu kenderaan perkhidmatan awam di perhentian bagi kenderaan-kenderaan perkhidmatan awam hendaklah—
(a)
mengambil dan menurunkan penumpang dan barang mereka; dan
(b)
mencuci, membaiki dan memeriksa kenderaan-kenderaan perkhidmatan awamnya, di tempat yang ditetapkan bagi maksud itu.
P.U. (A) 85 3
(2)
Dato Bandar Kuala Lumpur boleh mengenakan apa-apa syarat lain yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk dikenakan.
Larangan ke atas mana-mana orang yang memandu kenderaan perkhidmatan awam di perhentian bagi kenderaan-kenderaan perkhidmatan awam 4.
Mana-mana orang yang memandu kenderaan perkhidmatan awam pada setiap masa di perhentian bagi kenderaan-kenderaan perkhidmatan awam tidak boleh—
(a)
dengan sengaja menghalang mana-mana orang lain yang memandu kenderaan perkhidmatan awam daripada—
(i)
berhenti bagi maksud mengambil dan menurunkan penumpang;
atau
(ii)
bergerak keluar dari kawasan perhentian bagi kenderaan-kenderaan perkhidmatan awam itu; dan
(b)
memberhentikan, meletakkan, menempatkan atau meninggalkan kenderaan perkhidmatan awamnya dalam jarak lima meter dari jalan masuk atau keluar bagi maksud berehat atau menunggu untuk mengambil penumpang.
Dibuat 29 November 2011
[JHEU2/21/2010; PN(PU2)460/LXVI]
TAN SRI AHMAD FUAD BIN ISMAIL
Dato Bandar Kuala Lumpur
Dipersetujui 23 Februari 2012
[KWPKB(S): 24/PUU/698/1/1/48; PN(PU2)460/LXVI]
DATO’ SERI KONG CHO HA
Menteri Pengangkutan
P.U. (A) 85 4
ROAD TRANSPORT ACT 1987
ROAD TRANSPORT (STANDS FOR PUBLIC SERVICE VEHICLES)
(FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR) ORDER 2012