Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Datuk Bandar atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Datuk Bandar boleh mengeluarkan kupon letak kereta dalam bentuk yang ditentukan oleh
5
Datuk Bandar apabila dibayar caj yang ditetapkan dalam Jadual bagi tempat letak kereta berkupon.”.
Pindaan perenggan 25 6.
Perenggan 25 Perintah ibu dipinda—
(a)
dalam subperenggan (4), dengan menggantikan perkataan “sah selama masa” dengan perkataan “sah dalam waktu penggunaan yang dinyatakan dan bagi tempoh”;
(b)
dalam subperenggan (5), dengan menggantikan perkataan “nombor siri, tempoh sah dan nombor pendaftaran kereta motor yang akan diletak di ruang letak kereta bemusim itu” dengan perkataan “sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar”; dan
(c)
dengan menggantikan subperenggan (6) dengan subperenggan yang berikut:
“(6)
Tiada seorang pun boleh menggunakan ruang letak kereta bermusim dengan pelekat ruang letak kereta bermusim yang habis tempoh atau menggunakan ruang letak kereta bermusim yang bukan diperuntukkan kepadanya mengikut pelekat kereta bermusim yang dikeluarkan.”.
Pindaan perenggan 36 7.
Perenggan 36 Perintah ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Kuasa Datuk Bandar untuk mengecualikan keseluruhan atau sebahagian caj”;
6
(b)
dengan menggantikan perkataan “Perintah ini tidak terpakai bagi—”
dengan perkataan “Datuk Bandar boleh mengecualikan keseluruhan atau sebahagian apa-apa caj yang ditetapkan bagi mana-mana kenderaan motor berikut: ";
(c)
dengan menggantikan subperenggan (a) dengan subperenggan yang berikut:
“(a)
ambulans atau kereta bomba semasa menjalankan tugasnya;”;
(d)
dengan menggantikan subperenggan (c) dengan subperenggan yang berikut:
“(c)
kereta rasmi ahli Parlimen yang dilekatkan dengan lambang ahli Parlimen;”
(e)
dengan menggantikan subperenggan (d) dengan subperenggan yang berikut:
“(d)
kereta ahli Lembaga Penasihat Bandar Raya Kuala Lumpur yang dilekatkan dengan suatu pelekat sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar; dan”; dan
(f)
dengan memasukkan selepas subperenggan (d) subperenggan yang berikut:
“(e)
kenderaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk
Bandar.”.
7
Pindaan perenggan 39 8.
Perenggan 39 Perintah ibu dipinda dalam subperenggan (1), dengan memasukkan selepas perkataan “yang diletak dalam ruang letak kereta” di akhir subperenggan perkataan “melainkan dibenarkan secara bertulis oleh Datuk Bandar mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar”.
Kecualian 9.
Apa-apa pelekat letak kereta khas yang dikeluarkan di bawah perenggan 15
Perintah ibu, kupon letak kereta yang dikeluarkan di bawah perenggan 19 dan pelekat letak kereta bermusim yang dikeluarkan di bawah perenggan 25 sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa
Perintah ini, terus sah sehingga dibatalkan atau tamat tempoh.
Dibuat 2 September 2021
[DBKL/JUP/BPPP/GN7002(JLD. 4); PN(PU2)460/JLD. 111]
DATUK SERI HJ. MAHADI BIN CHE NGAH
Datuk Bandar Kuala Lumpur
8
ROAD TRANSPORT ACT 1987
ROAD TRANSPORT (PROVISION OF PARKING PLACES)
FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR (AMENDMENT) ORDER 2021