Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
“Perintah ibu” dalam Perintah ini, dipinda dalam perenggan 2—
(a)
dalam subperenggan (5), dengan menggantikan perkataan “sah selama masa” dengan perkataan “sah dalam waktu penggunaan yang dinyatakan dan bagi tempoh”;
(b)
dalam subperenggan (6), dengan menggantikan perkataan “seperti nombor siri, tempoh sah dan nombor pendaftaran kereta motor yang akan diletak di ruang letak kereta khas di tempat letak kereta bermeter” dengan perkataan “sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar”;
(c)
dengan menggantikan subperenggan (7) dengan subperenggan yang berikut:
“(7)
Tiada seorang pun boleh menggunakan ruang letak kereta khas dengan pelekat ruang letak kereta khas yang habis tempoh atau menggunakan ruang letak kereta khas yang bukan diperuntukkan kepadanya mengikut pelekat kereta khas yang dikeluarkan.”;
(d)
dengan menggantikan subperenggan (8) dengan subperenggan yang berikut:
“(8)
Pelekat ruang letak kereta khas apabila tamat tempohnya atau yang dibatalkan di bawah subperenggan 15A(1) hendaklah
4
dikembalikan kepada Datuk Bandar dalam tempoh masa sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar.”; dan
(e)
dengan menggantikan subperenggan (9) dengan subperenggan yang berikut:
“(9)
Mana-mana orang yang melanggar subperenggan (2), (5), (7)
dan (8) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ringgit.”.
Perenggan baharu 15A