Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Perintah ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan 15 perenggan yang berikut:
“Pembatalan pelekat ruang letak kereta khas 15A.
(1)
Datuk Bandar boleh, pada bila-bila masa atau atas permohonan pemilik pelekat ruang letak kereta khas, membatalkan mana-mana pelekat ruang letak kereta khas yang diluluskan di bawah subperenggan 15(4) sebagaimana difikirkan perlu oleh Datuk Bandar demi kepentingan awam.
(2)
Jika pelekat ruang letak kereta khas dibatalkan di bawah subperenggan (1), apa-apa bayaran balik caj pelekat ruang letak kereta khas bagi hari-hari yang tidak dapat digunakan hendaklah diuruskan mengikut cara, bentuk dan pengiraan sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar.”.
Pindaan perenggan 19