Malaysia legislation

Section 2A

of PERINTAH PENGGALAKAN PELABURAN (AKTIVITI DIGALAKKAN DAN KELUARAN DIGALAKKAN BAGI SYARIKAT BERTEKNOLOGI TINGGI) (PINDAAN) 2018

Seksyen 2A

“Pendapatan harta intelek yang tidak diambil kira

(1)

Dalam menentukan pendapatan suatu syarikat berteknologi tinggi yang dihasilkan daripada aktiviti digalakkan dan keluaran digalakkan bagi syarikat berteknologi tinggi itu—

(a)

bagi tempoh pada atau selepas 1 Julai 2018 tetapi sebelum 1 Julai 2021, royalti dan pendapatan lain yang diperoleh daripada hak harta intelek yang baharu, tetapi bukan daripada hak harta intelek sedia ada, yang syarikat berteknologi tinggi itu ialah pemilik atau pemegang lesennya, tidak diambil kira; dan

P.U. (A) 336 3

(b)

bagi tempoh pada atau selepas 1 Julai 2021, royalti dan pendapatan lain yang diperoleh daripada semua hak harta intelek yang syarikat berteknologi tinggi itu ialah pemilik atau pemegang lesennya, tidak diambil kira.

(2)

Bagi maksud perenggan 2A—

(a)

royalti atau pendapatan lain diperoleh daripada hak harta intelek jika royalti atau pendapatan lain itu boleh diterima sebagai balasan eksploitasi komersial hak itu;

(b)

“hak harta intelek” ertinya suatu hak yang timbul daripada apa-apa paten, penemuan dan inovasi utiliti, hak cipta, cap dagangan dan cap perkhidmatan, reka bentuk industri, reka bentuk susun atur litar bersepadu, kepandaian dan proses atau formula rahsia, petunjuk geografi dan pemberian geran perlindungan varieti tumbuhan, atau hak-hak lain yang serupa, sama ada yang berdaftar atau boleh daftar;

(c)

“hak harta intelek sedia ada” ertinya suatu hak harta intelek yang berhubungan dengan aktiviti digalakkan dan keluaran digalakkan dalam Jadual Pertama, yang suatu syarikat berteknologi tinggi menjadi pemilik atau pemegang lesennya sebelum 1 Julai 2018, dan bukan hak harta intelek yang baharu; dan

(d)

“harta intelek yang baharu” ertinya suatu hak harta intelek yang berhubungan dengan aktiviti digalakkan dan keluaran digalakkan bagi suatu syarikat berteknologi tinggi—

(i)

yang syarikat berteknologi tinggi itu menjadi pemilik atau pemegang lesen hak itu pada atau selepas 1 Julai 2018; atau

P.U. (A) 336 4

(ii)

yang syarikat berteknologi tinggi itu menjadi pemilik atau pemegang lesen hak itu selepas 16 Oktober 2017

tetapi sebelum 1 Julai 2018 hasil daripada suatu pemerolehan oleh syarikat berteknologi tinggi itu, secara langsung atau tidak langsung, daripada suatu syarikat berkaitan, yang tujuan utama atau salah satu tujuan utama pemerolehan itu adalah bagi mengelak cukai pendapatan di Malaysia atau tempat lain.”.

Dibuat 20 Disember 2018

[MITI(S).700-3/1/16 JLD. 2 (6); PN(PU2)451/VII]

IGNATIUS DARELL LEIKING

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Dipersetujui 20 Disember 2018

[0.3865/73(SJ.133)(5); PN(PU2)451/VII]

LIM GUAN ENG

Menteri Kewangan

P.U. (A) 336 5

PROMOTION OF INVESTMENTS ACT 1986

PROMOTION OF INVESTMENTS (PROMOTED ACTIVITIES AND PROMOTED PRODUCTS

FOR HIGH TECHNOLOGY COMPANIES) (AMENDMENT) ORDER 2018

Section 2A — PERINTAH PENGGALAKAN PELABURAN (AKTIVITI DIGALAKKAN DAN KELUARAN DIGALAKKAN BAGI SYARIKAT BERTEKNOLOGI TINGGI) (PINDAAN) 2018