Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PENYELARASAN PENCEN (PENCEN TERENDAH SEKALI) 2016

Seksyen 2

Bagi maksud penghitungan pencen atau faedah-faedah lain yang diberikan dan diselaraskan di bawah Akta atau yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain dan diselaraskan di bawah Akta berdasarkan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira selama tidak kurang daripada dua puluh lima tahun—

(a)

amaun pencen atau pencen terbitan terendah sekali yang kena dibayar selepas penyelarasan tidaklah boleh kurang daripada sembilan ratus lima puluh ringgit sebulan; dan

(b)

amaun elaun persaraan atau elaun persaraan terbitan terendah sekali yang kena dibayar selepas penyelarasan tidaklah boleh kurang daripada tiga per empat daripada sembilan ratus lima puluh ringgit sebulan.

Pembatalan

Section 2 — PERINTAH PENYELARASAN PENCEN (PENCEN TERENDAH SEKALI) 2016