Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG (PEMBETULAN AKTA PILIHAN RAYA 1958) 2018
Seksyen 2
Pembetulan
Cetakan semula Akta Pilihan Raya 1958 [Akta 19] yang disiarkan dalam tahun 2016 yang mengandungi segala pindaan hingga 1 Disember 2016 dibetulkan—
(a)
dalam teks bahasa kebangsaan—
(i)
dalam perenggan 7(1)(c), dengan menggantikan perkataan "pusat atau pusat-pusat akan ditubuhkan" dengan perkataan "tempat atau tempat-tempat akan ditubuhkan"; dan
(ii)
dalam subperenggan 7(1)(d)(iii), dengan menggantikan perkataan "pusat atau pusat-pusat yang telah ditetapkan" dengan perkataan "tempat atau tempat-tempat yang telah ditetapkan"; dan
(b)
dalam teks bahasa Inggeris—
(i)
dalam seksyen 10, dengan memasukkan selepas perkataan "No person shall" perkataan "be"; dan
(ii)
dalam seksyen 17, dengan menggantikan perkataan "after any regulation" dengan perkataan "after any regulations".
Dibuat 11 Oktober 2018 [PN(SU.2)/1/rep/05/Jilid 5; PN(PU2)231/IV]
DATO' SITI ZAWAHIR BINTI MOHAMED
Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang Malaysia
REVISION OF LAWS ACT 1968
REVISION OF LAWS (RECTIFICATION OF ELECTIONS ACT 1958) ORDER 2018