Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG (PEMBETULAN KANUN TATACARA JENAYAH) 2018

Seksyen 2

Pembetulan

Cetakan semula Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] yang disiarkan dalam tahun 2012 yang mengandungi segala pindaan hingga 1 November 2012 dibetulkan—

(a)

dalam Jadual Pertama dalam butiran yang berhubungan dengan—

(i)

seksyen 292 Kanun Keseksaan, dalam ruang 2, dengan menggantikan perkataan "Sale, etc., of obscene objects to young person" dengan perkataan "Having in possession obscene books, etc., for sale or exhibition";

(ii)

seksyen 293 Kanun Keseksaan, dalam ruang 2, dengan menggantikan perkataan "Having in possession obscene books, etc., for sale or exhibition" dengan perkataan "Sale, etc., of obscene objects to young person";

(iii)

seksyen 431A Kanun Keseksaan, dalam ruang 2, dengan memasukkan koma selepas perkataan "cable";

(iv)

seksyen 450 Kanun Keseksaan, dalam ruang 2, dengan menggantikan perkataan "penal servitude" dengan perkataan "imprisonment";

(v)

seksyen 477 Kanun Keseksaan, dalam ruang 2, dengan memasukkan selepas perkataan "attempting" perkataan "to";

(vi)

seksyen 489B Kanun Keseksaan, dalam ruang 2, dengan memasukkan selepas perkataan "forged" perkataan "or";

(vii)

seksyen 493 Kanun Keseksaan, dalam ruang 2, dengan menggantikan perkataan "co-habit" dengan perkataan "cohabit";

(viii)

seksyen 501 Kanun Keseksaan, dalam ruang 2, dengan menggantikan perkataan "and" dengan perkataan "or"; dan

(b)

dalam "LIST OF SECTIONS AMENDED", dengan menggantikan perkataan "M.U. Ord. 13/1957" yang terdapat dalam "First Schedule" dengan perkataan "M.U. Ord. 13/1947".

Dibuat 20 September 2018 [PN(SU.2)1/rep/613 Jld 4; PN(PU)231/IV]

DATO' SITI ZAWAHIR BINTI MOHAMED Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang Malaysia

REVISION OF LAWS ACT 1968

REVISION OF LAWS (RECTIFICATION OF CRIMINAL PROCEDURE CODE) ORDER 2018

Section 2 — PERINTAH PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG (PEMBETULAN KANUN TATACARA JENAYAH) 2018