Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG (PEMBETULAN TAJUK RINGKAS) 2018
Seksyen 2
Pembetulan
(1)
Cetakan semula teks bahasa kebangsaan Akta Pendaftaran Penjenayah dan
Orang yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7], Akta (Perbadanan) Synod Diocese Malaysia
Barat 1971 [Akta 36], Akta (Perbadanan) St. John Ambulans Malaysia 1972 [Akta 74],
Akta (Perbadanan) the Superior of the Institute of the Congregation of the Brothers of
Mercy 1972 [Akta 86] dan Akta (Perbadanan) Good Shepherd Nuns 1973 [Akta 108]
yang disiarkan dalam tahun 2006
yang mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 dibetulkan dengan menggantikan tajuk ringkas yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual dengan tajuk ringkas yang dinyatakan dalam ruang (2).
(2)
Cetakan semula teks bahasa kebangsaan Akta Lembaga Lebuh Raya
Malaysia (Perbadanan) 1980 [Akta 231] yang disiarkan dalam tahun 2014 yang mengandungi segala pindaan hingga 1 Mei 2014 dibetulkan dengan menggantikan tajuk ringkas “Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 1980” dengan tajuk ringkas
“Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) 1980”.
3