Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH PERANTI PERUBATAN (PERISYTIHARAN) 2017

Seksyen 4

Kecualian dan peralihan

(1)

Sesuatu establismen yang telah mengimport, mengeksport atau meletakkan dalam pasaran kanta lekap tanpa pembetulan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Perintah ini hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa

Perintah ini, memohon bagi pendaftaran kanta lekap tanpa pembetulan di bawah seksyen 6 Akta dan memohon lesen establismen di bawah seksyen 16 Akta.

(2)

Sesuatu establismen yang membuat suatu permohonan bagi pendaftaran kanta lekap tanpa pembetulan dan lesen establismen di bawah subperenggan (1) boleh terus mengimport, mengeksport atau meletakkan dalam pasaran kanta lekap tanpa pembetulan sementara menunggu keputusan permohonan.

P.U. (A) 339 3

Dibuat 14 September 2017

[KKM.PUU/PU2/MDA/3; PN(PU2)711/IV]

DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM

Menteri Kesihatan

P.U. (A) 339 4

MEDICAL DEVICE ACT 2012

MEDICAL DEVICE (DECLARATION) ORDER 2017