Malaysia legislation
Section 1
Seksyen 1
(1)
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Perbadanan Insurans
Deposit Malaysia (Asas bagi Pengiraan Levi Pertama dan Levi Tahunan berkenaan dengan Anggota Penanggung Insurans) 2023.
(2)
Perintah ini mula berkuat kuasa pada 21 Julai 2023.
Asas pengiraan levi pertama 2.
(1)
Levi pertama yang kena dibayar di bawah subseksyen 71(1) Akta oleh suatu anggota penanggung insurans baharu yang menjalankan perniagaan takaful keluarga atau insurans hayat hendaklah dikira berdasarkan asas penilaian liabiliti takaful keluarga atau liabiliti insurans hayat anggota penanggung insurans baharu itu pada hari terakhir bulan kalendar yang anggota penanggung insurans baharu itu menjadi institusi anggota berkenaan dengan semua atau mana-mana jenis atau perihalan manfaat takaful atau insurans atau apa-apa sijil takaful keluarga atau polisi insurans hayat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
(2)
Levi pertama yang kena dibayar di bawah subseksyen 71(1) Akta oleh suatu anggota penanggung insurans baharu yang menjalankan perniagaan takaful am atau insurans am hendaklah dikira berdasarkan asas jumlah sumbangan bersih atau jumlah premium bersih anggota penanggung insurans baharu itu dalam bulan kalendar yang anggota penanggung insurans baharu itu menjadi institusi anggota berkenaan dengan semua atau mana-mana jenis atau perihalan manfaat takaful atau
P.U. (A) 223 3
insurans atau apa-apa sijil takaful am atau polisi insurans am sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
(3)
Levi pertama yang kena dibayar di bawah subseksyen 71(1) Akta oleh suatu anggota penanggung insurans baharu yang telah beroperasi dan menjalankan perniagaan takaful am atau insurans am untuk tempoh minimum dua tahun sebelum anggota penanggung insurans baharu itu disifatkan sebagai institusi anggota menurut perenggan 36(2)(b) Akta, hendaklah dikira berdasarkan asas jumlah sumbangan bersih atau jumlah premium bersih anggota penanggung insurans baharu itu bagi tahun taksiran yang sebelumnya berkenaan dengan semua atau mana-mana jenis atau perihalan manfaat takaful atau insurans atau apa-apa sijil takaful am atau polisi insurans am sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
(4)
Levi pertama yang kena dibayar di bawah subseksyen 71(2) Akta oleh suatu anggota penanggung insurans baharu yang menjalankan perniagaan takaful keluarga atau insurans hayat hendaklah dikira berdasarkan asas penilaian liabiliti takaful keluarga atau liabiliti insurans hayat pihak pemindah seperti yang berikut:
(a)
berkenaan dengan pihak pemindah yang merupakan anggota penanggung insurans, berdasarkan asas penilaian liabiliti takaful keluarga atau liabiliti insurans hayat pihak pemindah pada 31 Disember tahun taksiran yang sebelumnya berkenaan dengan semua atau mana-mana jenis atau perihalan manfaat takaful atau insurans atau apa-apa sijil takaful keluarga atau polisi insurans hayat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan; dan
(b)
berkenaan dengan pihak pemindah yang bukan anggota penanggung insurans, berdasarkan asas penilaian liabiliti takaful keluarga atau liabiliti insurans hayat pihak pemindah pada tarikh pemindahan berkenaan dengan semua atau mana-mana jenis atau perihalan manfaat takaful atau insurans atau apa-apa sijil takaful keluarga atau polisi insurans hayat sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan berhubungan dengan perniagaan yang
P.U. (A) 223 4
dipindahkan daripada pihak pemindah itu kepada anggota penanggung insurans baharu itu.
(5)
Levi pertama yang kena dibayar di bawah subseksyen 71(2) Akta oleh suatu anggota penanggung insurans baharu yang menjalankan perniagaan takaful am atau insurans am hendaklah dikira berdasarkan asas jumlah sumbangan bersih atau jumlah premium bersih pihak pemindah bagi tahun taksiran yang sebelumnya berkenaan dengan semua atau mana-mana jenis atau perihalan manfaat takaful atau insurans atau apa-apa sijil takaful am atau polisi insurans am sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan, tanpa mengira sama ada pihak pemindah merupakan anggota penanggung insurans atau bukan anggota penanggung insurans.
Asas pengiraan levi tahunan 3.
(1)
Levi tahunan yang kena dibayar di bawah subseksyen 72(1) Akta oleh suatu anggota penanggung insurans yang menjalankan perniagaan takaful keluarga atau insurans hayat hendaklah dikira berdasarkan asas penilaian liabiliti takaful keluarga atau liabiliti insurans hayat anggota penanggung insurans itu pada 31 Disember tahun taksiran yang sebelumnya berkenaan dengan semua atau mana-mana jenis atau perihalan manfaat takaful atau insurans atau apa-apa sijil takaful keluarga atau polisi insurans hayat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
(2)
Levi tahunan yang kena dibayar di bawah subseksyen 72(1) Akta oleh suatu anggota penanggung insurans yang menjalankan perniagaan takaful am atau insurans am hendaklah dikira berdasarkan asas jumlah sumbangan bersih atau jumlah premium bersih anggota penanggung insurans itu bagi tahun taksiran yang sebelumnya berkenaan dengan semua atau mana-mana jenis atau perihalan manfaat takaful atau insurans atau apa-apa sijil takaful am atau polisi insurans am sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
(3)
Levi tahunan yang kena dibayar di bawah perenggan 73A(1)(a) Akta oleh suatu anggota penerima pindahan yang menjalankan perniagaan takaful keluarga atau insurans hayat hendaklah dikira berdasarkan asas seperti yang berikut:
P.U. (A) 223 5
(a)
penilaian liabiliti takaful keluarga atau liabiliti insurans hayat anggota penerima pindahan pada 31 Disember tahun taksiran yang sebelumnya berkenaan dengan semua atau mana-mana jenis atau perihalan manfaat takaful atau insurans atau apa-apa sijil takaful keluarga atau polisi insurans hayat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan; dan
(b)
penilaian liabiliti takaful keluarga atau liabiliti insurans hayat pihak pemindah seperti yang berikut:
(i)
berkenaan dengan pihak pemindah yang merupakan anggota penanggung insurans, berdasarkan asas penilaian liabiliti takaful keluarga atau liabiliti insurans hayat pihak pemindah itu pada 31 Disember tahun taksiran yang sebelumnya berkenaan dengan semua atau mana-mana jenis atau perihalan manfaat takaful atau insurans atau apa-apa sijil takaful keluarga atau polisi insurans hayat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan; dan
(ii)
berkenaan dengan pihak pemindah yang bukan anggota penanggung insurans, berdasarkan asas penilaian liabiliti takaful keluarga atau liabiliti insurans hayat pihak pemindah itu pada tarikh pemindahan berkenaan dengan semua atau mana-mana jenis atau perihalan manfaat takaful atau insurans atau apa-apa sijil takaful keluarga atau polisi insurans hayat sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan berhubungan dengan perniagaan yang dipindahkan daripada pihak pemindah itu kepada anggota penerima pindahan itu.
P.U. (A) 223 6
(4)
Levi tahunan yang kena dibayar di bawah perenggan 73A(1)(a) Akta oleh suatu anggota penerima pindahan yang menjalankan perniagaan takaful am atau insurans am hendaklah dikira berdasarkan asas seperti yang berikut:
(a)
jumlah sumbangan bersih atau jumlah premium bersih suatu anggota penerima pindahan itu bagi tahun taksiran yang sebelumnya berkenaan dengan semua atau mana-mana jenis atau perihalan manfaat takaful atau insurans atau apa-apa sijil takaful am atau polisi insurans am sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan; dan
(b)
jumlah sumbangan bersih atau jumlah premium bersih pihak pemindah bagi tahun taksiran yang sebelumnya berkenaan dengan semua atau mana-mana jenis atau perihalan manfaat takaful atau insurans atau apa-apa sijil takaful am atau polisi insurans am sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan, tanpa mengira sama ada pihak pemindah merupakan anggota penanggung insurans atau bukan anggota penanggung insurans.
(5)
Levi tahunan tambahan yang kena dibayar di bawah perenggan 73A(2)(a)
Akta oleh suatu anggota penerima pindahan yang menjalankan perniagaan takaful keluarga atau insurans hayat, berkenaan dengan pihak pemindah yang bukan anggota penanggung insurans, hendaklah dikira berdasarkan asas penilaian liabiliti takaful keluarga atau liabiliti insurans hayat pihak pemindah itu pada tarikh pemindahan berkenaan dengan semua atau mana-mana jenis atau perihalan manfaat takaful atau insurans atau apa-apa sijil takaful keluarga atau polisi insurans hayat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan berhubungan dengan perniagaan yang dipindahkan daripada pihak pemindah itu kepada anggota penerima pindahan itu.
(6)
Levi tahunan tambahan yang kena dibayar di bawah perenggan 73A(2)(a)
Akta oleh suatu anggota penerima pindahan yang menjalankan perniagaan takaful am atau insurans am, berkenaan dengan pihak pemindah yang bukan anggota penanggung insurans, hendaklah dikira berdasarkan asas jumlah sumbangan bersih atau jumlah
P.U. (A) 223 7
premium bersih pihak pemindah itu bagi tahun taksiran yang sebelumnya berkenaan dengan semua atau mana-mana jenis atau perihalan manfaat takaful atau insurans atau apa-apa sijil takaful am atau polisi insurans am sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan.
Pemindahan liabiliti 4.
Jika suatu anggota penanggung insurans yang menjalankan perniagaan takaful am atau insurans am mengambil alih liabiliti bagi sijil takaful atau polisi insurans pihak yang lain, jumlah sumbangan bersih atau jumlah premium bersih pihak yang lain itu berkenaan dengan liabiliti itu bagi tahun taksiran yang sebelumnya hendaklah disifatkan sebagai jumlah sumbangan bersih atau jumlah premium bersih anggota penanggung insurans yang mengambil alih liabiliti pihak yang lain itu bagi tahun taksiran yang sebelumnya, bagi maksud pengiraan levi tahunan bagi tahun taksiran sebaik selepas tahun taksiran di mana pemindahan itu berkuat kuasa, dan levi tahunan hendaklah dibayar oleh anggota penanggung insurans yang mengambil alih liabiliti pihak yang lain itu dengan sewajarnya.
Dibuat 19 Julai 2023
[PIDM/PN/7/2023; PN(PU2)689/JLD.8]
ANWAR BIN IBRAHIM
Menteri Kewangan
P.U. (A) 223 8
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION (BASIS FOR CALCULATION OF FIRST
LEVY AND ANNUAL LEVY IN RESPECT OF INSURER MEMBERS) ORDER 2023