Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Premium pertama yang kena dibayar oleh suatu anggota penerima deposit baharu di bawah subseksyen 47(1) Akta hendaklah dikira berdasarkan asas jumlah deposit diinsuranskan yang dipegang oleh anggota penerima deposit baharu itu pada hari terakhir bulan kalendar yang anggota penerima deposit baharu itu menjadi institusi anggota.
(2)
Premium pertama yang kena dibayar oleh suatu anggota penerima deposit baharu di bawah subseksyen 47(2) Akta hendaklah dikira berdasarkan asas seperti yang berikut:
(a)
jika suatu pihak pemindah merupakan anggota penerima deposit, berdasarkan asas jumlah deposit diinsuranskan yang dipegang oleh pihak pemindah itu pada 31 Disember tahun taksiran yang sebelumnya;
3
(b)
jika suatu pihak pemindah merupakan anggota penerima deposit yang diluluskan di bawah perenggan 15(1)(a) Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 [Akta 758] untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam dan perniagaan perbankan Islam pihak pemindah itu dipindahkan kepada anggota penerima deposit baharu itu, berdasarkan asas jumlah deposit diinsuranskan yang dipegang oleh pihak pemindah itu yang berhubungan dengan perniagaan perbankan Islam pihak pemindah itu pada 31 Disember tahun taksiran yang sebelumnya; dan
(c)
jika suatu pihak pemindah merupakan bukan anggota penerima deposit, berdasarkan asas jumlah deposit diinsuranskan yang berhubungan dengan perniagaan yang dipindah daripada pihak pemindah itu kepada anggota penerima deposit baharu itu pada tarikh pemindahan.
Asas pengiraan premium tahunan