Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Pihak ketiga yang layak yang berkenaan dengannya Perbadanan memindahkan, atau mengesahkan melalui notis bertulis bahawa ia akan memindahkan di bawah subseksyen 115(3) Akta, atau menyetujui pemindahan di bawah subseksyen 180(2)
Akta, mana-mana perjanjian yang disebut dalam subseksyen 115(1) Akta, hendaklah merupakan:
(a)
suatu institusi yang
(i)
dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372];
(ii)
dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983 [Akta 276];
(iii)
dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996 [Akta 553];
(iv)
didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 [Akta 312]; atau
P.U. (A) 492 3
(v)
ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002
[Akta 618];
dan mesti mematuhi keperluan modal dan keperluan berhemat yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia;
(b)
suatu institusi yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704] atau Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 [Akta 705], dan mesti mematuhi keperluan modal dan keperluan berhemat yang ditetapkan oleh Lembaga
Perkhidmatan Kewangan Labuan;
(c)
suatu badan berkanun; atau
(d)
suatu entiti yang mana kewajipannya di bawah perjanjian yang disebut dalam subseksyen 115(1) Akta akan dijamin oleh Kerajaan Malaysia,
Bank Negara Malaysia atau Perbadanan.
Dibuat 6 Disember 2012
[PIDM/PN/2/2012; PN(PU2)689/II]
TAN SRI DATUK DR ABDUL SAMAD HAJI ALIAS
Pengerusi
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
Diluluskan 28 Disember 2012
[KK/BPKA/K2/(S)/382/342/3-1;PN(PU2)689/II]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 209(4) Akta Perbadanan
Insurans Deposit Malaysia 2011]
P.U. (A) 492 4
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION
(CRITERIA IN RESPECT OF QUALIFIED THIRD PARTY) ORDER 2012