Seksyen 2
Perbelanjaan, kos atau kerugian umum sistem insurans deposit
of Perintah Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pengagihan Perbelanjaan, Kos atau Kerugian) 2011
Jika perbelanjaan, kos atau kerugian dapat dihubungkaitkan dengan sistem insurans deposit tetapi tidak dapat dihubungkaitkan secara khusus dengan kumpulan wang atau kumpulan-kumpulan wang tertentu dalam sistem itu, Perbadanan hendaklah mengagihkan perbelanjaan, kos atau kerugian itu seperti yang berikut:
(a)
berkenaan dengan tahun taksiran 2011, mengikut perkadaran amaun premium yang dipungut untuk kumpulan-kumpulan wang masing-masing dalam sistem insurans deposit dalam tahun taksiran 2011; dan
(b)
berkenaan dengan setiap tahun taksiran berikutan tahun taksiran 2011, mengikut perkadaran amaun premium yang dipungut untuk kumpulan-kumpulan wang masing-masing dalam sistem insurans deposit dalam tahun taksiran yang sebelumnya.
3