Seksyen 2
Perintah Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pengagihan Perbelanjaan,
Kos atau Kerugian) 2011 [P.U. (A) 288/2011], yang disebut “Perintah ibu” dalam
Perintah ini, dipinda dalam perenggan 2—
(a)
dalam subperenggan (a)—
(i)
dengan memasukkan selepas perkataan “berkenaan dengan tahun taksiran 2011,” perkataan “perbelanjaan, kos atau kerugian itu hendaklah diagihkan”; dan
(ii)
dengan memotong perkataan “dan” di hujung subperenggan itu;
(b)
dalam subperenggan (b)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “setiap tahun taksiran berikutan tahun taksiran 2011,” dengan perkataan “tahun taksiran 2012
hingga tahun taksiran 2016, perbelanjaan, kos atau kerugian itu hendaklah diagihkan”; dan
P.U. (A) 249 3
(ii)
dengan menggantikan perkataan
“tahun taksiran yang sebelumnya.” dengan perkataan “tahun taksiran sebelum tahun yang perbelanjaan, kos atau kerugian itu diagihkan; dan”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subperenggan (b) subperenggan yang berikut:
“(c)
berkenaan dengan setiap tahun taksiran berikutan tahun taksiran 2016, perbelanjaan, kos atau kerugian itu hendaklah diagihkan mengikut perkadaran amaun premium, pendapatan pelaburan dan apa-apa bentuk hasil yang lain yang dipungut untuk kumpulan-kumpulan wang masing-masing dalam sistem insurans deposit dalam tahun taksiran sebelum tahun yang perbelanjaan, kos atau kerugian itu diagihkan.”.
Pindaan perenggan 3