Malaysia legislation

Section 1

of PERINTAH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PENGGUNAAN LEBIHAN ASET KUMPULAN WANG TAKAFUL) 2019

Seksyen 1

(1)

Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Perbadanan Insurans Deposit

Malaysia (Penggunaan Lebihan Aset Kumpulan Wang Takaful) 2019.

(2)

Perintah ini mula berkuat kuasa pada 27 Disember 2019.

Keutamaan penggunaan lebihan aset kumpulan wang takaful dalam penggulungan pengendali takaful 2.

Untuk tujuan subperenggan 142A(2)(a)(ii) Akta, dalam penggulungan suatu pengendali takaful, jika aset suatu kumpulan wang takaful yang diuruskan oleh pengendali takaful itu berlebihan, selepas pembayaran telah dibuat untuk menunaikan liabilitinya di bawah subseksyen 142A(1) dan aset tersebut telah digunakan sebagaimana yang dinyatakan di bawah subprenggan 142A(2)(a)(i) Akta, lebihan aset kumpulan wang takaful itu hendaklah digunakan bagi maksud dan dalam turutan yang berikut:

(a)

pertama, jika aset kumpulan wang pemegang syer tidak mencukupi setelah aset kumpulan wang pemegang syer itu digunakan untuk menunaikan liabilitinya, untuk menunaikan liabiliti kumpulan wang pemegang syer menurut keutamaan pembayaran seperti yang dinyatakan dalam subseksyen 142A(3) Akta; dan

(b)

kedua, untuk pertubuhan atau badan kebajikan sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan bagi tujuan kebajikan.

P.U. (A) 364 3

Dibuat 20 Disember 2019

[PIDM/PN/2/2019; PN(PU2)688/VI]

TAN SRI DR. RAHAMAT BIVI BINTI YUSOFF

Pengerusi

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

Diluluskan 20 Disember 2019

[MOF.SID(S) 700-1/2/4; PN(PU2)688/VI]

LIM GUAN ENG

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 209(4) Akta Perbadanan

Insurans Deposit Malaysia 2011]

P.U. (A) 364 4

MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011

MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION

(APPLICATION OF SURPLUS ASSETS OF TAKAFUL FUND) ORDER 2019

Section 1 — PERINTAH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PENGGUNAAN LEBIHAN ASET KUMPULAN WANG TAKAFUL) 2019