Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PREMIUM PERTAMA DAN PREMIUM TAHUNAN BERKENAAN DENGAN ANGGOTA PENANGGUNG INSURANS) 2012

Seksyen 4

Kadar premium pertama bagi perniagaan insurans hayat

Tertakluk kepada subseksyen 71(1) Akta, suatu syarikat insurans baru sebagaimana yang ditakrifkan dalam peraturan 3 Peraturan-Peraturan Perbadanan

Insurans Deposit Malaysia (Sistem Premium Berbeza berkenaan dengan Anggota

3

Penanggung Insurans) 2012 [P.U. (A)496/2012], yang menjalankan perniagaan insurans hayat, hendaklah dikelaskan dalam kategori premium 1 bagi tahun taksiran pertamanya menurut Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Sistem Premium

Berbeza berkenaan dengan Anggota Penanggung Insurans) 2012, dan kadar premium pertama yang kena dibayar oleh syarikat insurans itu bagi tahun taksiran itu hendaklah bersamaan dengan kadar premium yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, dikira berdasarkan penilaian aktuari liabiliti insurans hayat berkenaan dengan manfaat dilindungi yang berkaitan setakat pada 31 Disember tahun taksiran yang sebelumnya.

Section 4 — PERINTAH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PREMIUM PERTAMA DAN PREMIUM TAHUNAN BERKENAAN DENGAN ANGGOTA PENANGGUNG INSURANS) 2012