Malaysia legislation

Section 5

of PERINTAH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PREMIUM PERTAMA DAN PREMIUM TAHUNAN BERKENAAN DENGAN ANGGOTA PENANGGUNG INSURANS) 2012

Seksyen 5

Kadar premium pertama bagi perniagaan insurans am

Tertakluk kepada subseksyen 71(1) Akta, suatu syarikat insurans baru sebagaimana yang ditakrifkan dalam peraturan 3 Peraturan-Peraturan Perbadanan

Insurans Deposit Malaysia (Sistem Premium Berbeza berkenaan dengan Anggota

Penanggung Insurans) 2012, yang menjalankan perniagaan insurans am, hendaklah dikelaskan dalam kategori premium 1 bagi tahun taksiran pertamanya menurut

Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Sistem Premium Berbeza berkenaan dengan Anggota Penanggung Insurans) 2012, dan kadar premium pertama yang kena dibayar oleh syarikat insurans itu bagi tahun taksiran itu hendaklah bersamaan dengan kadar premium yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, dikira berdasarkan jumlah premium bersih yang diterima oleh syarikat insurans itu berkenaan dengan manfaat dilindungi yang berkaitan semasa tahun taksiran yang sebelumnya.