Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“anggota penanggung insurans digabung” mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam subperenggan 18(1)
Jadual kepada
Peraturan-Peraturan
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Sistem Premium Berbeza berkenaan dengan
Anggota Penanggung Insurans) 2012 [P.U. (A) 496/2012];
“dikelaskan” ertinya dikelaskan di bawah Peraturan-Peraturan Perbadanan
Insurans Deposit Malaysia (Sistem Premium Berbeza berkenaan dengan Anggota
Penanggung Insurans) 2012;
“tahun taksiran kedua” ertinya tahun taksiran sebaik selepas tahun taksiran pertama;
“tahun taksiran pertama” ertinya tahun taksiran yang suatu syarikat insurans atau pengendali takaful menjadi suatu anggota penanggung insurans.
P.U. (A) 49 3