Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Kadar premium pertama bagi perniagaan takaful perpaduan keluarga
Tertakluk kepada subseksyen 71(1) Akta, kadar premium pertama bagi suatu anggota penanggung insurans yang menjalankan perniagaan takaful perpaduan keluarga ialah kadar premium yang ditentukan dalam Jadual Pertama bagi kategori premium 1, dikira berdasarkan penilaian aktuari liabiliti takaful perpaduan keluarga berkenaan dengan manfaat dilindungi yang berkaitan pada hari terakhir bulan yang ia menjadi anggota penanggung insurans, dikira mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Perbadanan.