Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PREMIUM PERTAMA DAN PREMIUM TAHUNAN BERKENAAN DENGAN ANGGOTA PENANGGUNG INSURANS) 2016

Seksyen 4

Kadar premium pertama bagi perniagaan takaful am

Tertakluk kepada subseksyen 71(1) Akta, kadar premium pertama bagi suatu anggota penanggung insurans yang menjalankan perniagaan takaful am ialah kadar premium yang ditentukan dalam Jadual Kedua bagi kategori premium 1, dikira berdasarkan jumlah premium bersih yang diterima oleh anggota penanggung insurans itu berkenaan dengan manfaat dilindungi yang berkaitan dalam bulan yang ia menjadi anggota penanggung insurans, dikira mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh

Perbadanan.

Section 4 — PERINTAH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PREMIUM PERTAMA DAN PREMIUM TAHUNAN BERKENAAN DENGAN ANGGOTA PENANGGUNG INSURANS) 2016