Malaysia legislation

Section 5

of PERINTAH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PREMIUM PERTAMA DAN PREMIUM TAHUNAN BERKENAAN DENGAN ANGGOTA PENANGGUNG INSURANS) 2016

Seksyen 5

Kadar premium pertama bagi perniagaan insurans hayat

Tertakluk kepada subseksyen 71(1) Akta, kadar premium pertama bagi suatu anggota penanggung insurans yang menjalankan perniagaan insurans hayat ialah kadar premium yang ditentukan dalam Jadual Pertama bagi kategori premium 1, dikira berdasarkan penilaian aktuari liabiliti insurans hayat berkenaan dengan manfaat dilindungi yang berkaitan pada hari terakhir bulan yang ia menjadi anggota penanggung insurans, dikira mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Perbadanan.