Malaysia legislation
Section 5
of PERINTAH PERBADANAN RRIM-CONSULT CORPORATION (PENGGULUNGAN DAN PEMBUBARAN) 2015
Seksyen 5
Pemindahan harta
Mana-mana harta alih dan harta tak alih yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perintah ini terletak hak pada Perbadanan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Lembaga.