Malaysia legislation

Section 8

of PERINTAH PERBADANAN RRIM-CONSULT CORPORATION (PENGGULUNGAN DAN PEMBUBARAN) 2015

Seksyen 8

Penerusan prosiding sivil

(1)

Apa-apa prosiding sivil atau apa-apa kausa tindakan yang belum selesai atau wujud sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perintah ini, oleh atau terhadap

Perbadanan, boleh, pada atau selepas permulaan kuat kuasa Perintah ini, diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga sebagaimana yang ia mungkin telah diambil oleh atau terhadap Perbadanan jika Perintah ini tidak dibuat.

(2)

Apa-apa rayuan yang dibawa oleh atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas permulaan kuat kuasa Perintah ini terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perintah ini dalam mana-mana prosiding undang-undang yang Perbadanan menjadi suatu pihak kepadanya boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga.

4

Pembatalan

Section 8 — PERINTAH PERBADANAN RRIM-CONSULT CORPORATION (PENGGULUNGAN DAN PEMBUBARAN) 2015