Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH PERDAGANGAN STRATEGIK (BARANG STRATEGIK) (PINDAAN) 2014
Seksyen 2
Perintah Perdagangan Strategik (Barang Strategik) 2010 [P.U. (A) 485/2010]
dipinda dengan menggantikan Jadual dengan Jadual yang berikut:
3
“JADUAL
[Perenggan 3]
BARANG STRATEGIK
SENARAI BARANG KETENTERAAN
Kod Kategori
Keterangan Barang
Nota
Pihak Berkuasa
Berkenaan
SENARAI BARANG KETENTERAAN
Nota 1: Terma dalam “tanda petikan” adalah terma yang didefinisikan.
Rujuk ‘Definisi Terma’ yang dlampirkan kepada Senarai ini.
Nota 2: Sebagai sebahagian contoh, bahan kimia disenaraikan mengikut nama dan nombor CAS. Senarai adalah terpakai kepada formula struktur
(termasuk hidrat)
sama ada berdasarkan nama kimia atau nombor CAS. Nombor CAS dimasukkan bagi membantu mengenal pasti bahan kimia atau campuran tertentu, tanpa mengira tatanamanya. Nombor CAS tidak boleh digunakan sebagai pengenalan unik kerana sesetengah bentuk bahan kimia yang disenaraikan mempunyai nombor CAS yang berbeza, dan campuran-campuran bahan kimia yang disenaraikan mungkin mengandungi nombor CAS yang berbeza.
ML1
Senjata laras licin dengan kaliber kurang daripada 20 mm, senjata lain dan senjata automatik dengan kaliber 12.7 mm
(kaliber 0.50 inci) atau kurang dan aksesori, seperti berikut, dan komponennya yang direka khusus;
a. Raifel, karbin, revolver, pistol, pistol mesin dan mesin-gan:
b. Senjata laras licin, seperti berikut: