Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (BARANG-BARANG DIPERBUAT DARIPADA MANA-MANA BAHAGIAN BABI ATAU ANJING) 2013

Seksyen 4

Barang-barang diperbuat daripada mana-mana bahagian babi atau anjing

(1)

Mana-mana orang yang, dalam perjalanan apa-apa perdagangan atau perniagaan, mempamerkan apa-apa barang-barang atau bahagian barang-barang yang diperbuat daripada mana-mana bahagian babi atau anjing, sama ada untuk jualan atau sebagai sampel barang-barang jualan, hendaklah—

P.U. (A) 382 3

(a)

mempamerkan barang-barang atau bahagian barang-barang itu di tempat yang berasingan daripada barang-barang lain di dalam premis; dan

(b)

melabelkan, meletakkan teg atau menandakan barang-barang atau bahagian barang-barang itu dengan menggunakan ungkapan

“Diperbuat Daripada Babi” atau “Diperbuat Daripada Anjing”, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau apa-apa ungkapan lain yang memberi kesan sedemikian.

(2)

Apa-apa label, teg atau tanda yang disebut dalam subsubperenggan (1)(b)

hendaklah diletakkan di tempat yang mudah dilihat berdekatan dengan barang-barang atau bahagian barang-barang yang diperbuat daripada mana-mana bahagian babi atau anjing supaya dapat dikenal pasti dengan secukupnya oleh mana-mana orang yang berniat untuk membeli barang-barang atau bahagian barang-barang itu bahawa barang-barang atau bahagian barang-barang itu diperbuat daripada mana-mana bahagian babi atau anjing.

(3)

Ungkapan yang disebut dalam subsubperenggan (1)(b) hendaklah—

(a)

dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa kebangsaan yang diikuti dengan terjemahan ungkapan itu dalam mana-mana bahasa lain; dan

(b)

ditulis tangan atau dicetak dengan ketinggian penghurufan yang tidak kurang daripada 10 mm.

Dibuat 27 Disember 2013

[KPDNKK(PGK)100-15/1/15; PN(PU2)120/VII]

DATO’ SRI HASAN BIN MALEK

Menteri Perdagangan Dalam Negeri,

Koperasi dan Kepenggunaan

P.U. (A) 382 4

TRADE DESCRIPTIONS ACT 2011

TRADE DESCRIPTIONS (GOODS MADE FROM ANY PART OF PIG OR DOG) ORDER 2013

Section 4 — PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (BARANG-BARANG DIPERBUAT DARIPADA MANA-MANA BAHAGIAN BABI ATAU ANJING) 2013