Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (PENANDAAN KUANTITI BAGI BARANG-BARANG TERSEDIA BUNGKUS) 2023
Seksyen 3
Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“berat bersih” ertinya berat keseluruhan barang-barang pepejal dan medium cecair dalam bungkusan;
“berat tos" ertinya berat barang-barang pepejal yang terdapat dalam medium cecair yang terkandung dalam bungkusan;
P.U. (A) 296 3
“bungkusan” ertinya apa-apa benda yang di dalamnya atau dengannya barang-barang yang secara keseluruhannya atau sebahagiannya dikotak, dibalut, ditutup, diisi atau diletakkan atau selainnya dipekkan dengan apa jua cara.
"had selisih yang dibenarkan" ertinya kekurangan pada kuantiti barang-barang yang dibenarkan dalam sesuatu bungkusan;
"ketidakpatuhan bungkusan"
ertinya barang-barang tersedia bungkus yang mempunyai ralat negatif yang lebih besar daripada had selisih yang dibenarkan;
"kuantiti nominal" ertinya kuantiti yang diisytiharkan oleh pengilang, pengimport, pengeluar atau pemborong bagi barang-barang tersedia bungkus tidak termasuk bungkusan dan apa-apa jua bahan lain yang dibungkus bersama dengan barang itu;
“kuantiti sebenar” ertinya kuantiti bersih bagi barang-barang tersedia bungkus selepas pemeriksaan dibuat oleh Penolong Pengawal menurut Perintah ini ke atas barang-barang tersedia bungkus yang telah ditandakan mengikut Perintah ini;
“pemborong” ertinya mana-mana orang yang terlibat dalam apa-apa perniagaan borong dan membungkus semula apa-apa barang-barang tersedia bungkus dan mengedarkan barang-barang tersedia bungkus itu untuk tujuan perdagangan;
"pengeluar" ertinya mana-mana orang yang terlibat dalam pengeluaran apa-apa barang-barang tersedia bungkus dan mengedarkan barang-barang tersedia bungkus untuk tujuan perdagangan;
"pengilang" ertinya mana-mana orang yang mengilang dan termasuk mana-mana orang yang membungkus semula apa-apa barang untuk tujuan perdagangan;
“pengimport" termasuklah mana-mana orang yang, sama ada sebagai pemilik, penerima barang, ejen atau broker yang dalam milikannya, atau yang berhak kepada jagaan atau kawalan barang yang diimport bagi barang-barang tersedia bungkus; dan
P.U. (A) 296 4
"sampel" ertinya barang-barang tersedia bungkus yang diambil daripada lot yang diperiksa dan digunakan untuk memberikan maklumat yang akan menjadi asas bagi keputusan mengenai pematuhan lot yang diperiksa.