Seksyen 4
Perisytiharan kuantiti bagi barang-barang tersedia bungkus
of Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Kuantiti bagi Barang-Barang Tersedia Bungkus) 2023
Pemborong, pengilang, pengimport atau pengeluar hendaklah mengisytiharkan kuantiti barang-barang tersedia bungkus dalam sesuatu bungkusan, dalam apa jua bentuk, mengikut ukuran yang berikut:
(a)
luas dalam nilai dua dimensi barang-barang itu;
(b)
bilangan barang-barang yang terkandung dalam bungkusan berdasarkan kiraan sebenar;
(c)
panjang barang-barang itu dari suatu hujung ke suatu hujung;
(d)
berat barang-barang itu daripada lima gram hingga lima puluh kilogram;
dan
(e)
isi padu barang-barang itu daripada lima mililiter hingga lima puluh liter.