Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (PERAKUAN DAN PENANDAAN HALAL) (PINDAAN) 2012

Seksyen 3

Pindaan perenggan 4

(a)

dalam subperenggan (1), dengan menggantikan perkataan “cara”

dengan perkataan “ungkapan”;

(b)

dengan menggantikan subperenggan (2) dengan subperenggan yang berikut:

“(2)

Perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan ungkapan lain untuk menunjukkan perkhidmatan itu boleh digunakan oleh orang Islam melainkan jika—

3

(a)

diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa; dan

(b)

ditandakan dengan logo sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subperenggan (2) subperenggan yang berikut:

“(3)

Walau apa pun subperenggan (1), semua makanan yang dibekalkan oleh orang bukan Islam sekiranya ingin diperihalkan dengan mana-mana ungkapan lain yang menunjukkan makanan, barang-barang dan perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam hendaklah—

(a)

diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa; dan

(b)

ditandakan dengan logo sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.”.

Pindaan perenggan 6

Section 3 — PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (PERAKUAN DAN PENANDAAN HALAL) (PINDAAN) 2012