Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (PERAKUAN DAN PENANDAAN MINYAK ENJIN BAGI KENDERAAN MOTOR) 2024

Seksyen 4

Permohonan perakuan

(1)

Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan minyak enjin bagi kenderaan motor hendaklah memohon kepada pihak berkuasa yang berwibawa untuk mendapatkan perakuan dan label pematuhan bagi minyak enjin itu.

(2)

Minyak enjin bagi kenderaan motor yang disebut dalam subperenggan (1)

hendaklah—

(a)

diperakukan oleh pihak berkuasa yang berwibawa sebagai telah mematuhi standard sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (2)

Jadual; dan

(b)

ditandakan dengan tanda label pematuhan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berwibawa sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual.

Penandaan minyak enjin bagi kenderaan motor

Section 4 — PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (PERAKUAN DAN PENANDAAN MINYAK ENJIN BAGI KENDERAAN MOTOR) 2024