Malaysia legislation
Section 4
of PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (PERAKUAN DAN PENANDAAN PERANTI ROKOK ELEKTRONIK) 2022
Seksyen 4
Permohonan perakuan
(1)
Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa peranti rokok elektronik atau alat ganti hendaklah memohon kepada pihak berkuasa yang berwibawa untuk mendapatkan perakuan bagi peranti rokok elektronik atau alat ganti itu.
(2)
Peranti rokok elektronik atau alat ganti yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah—
(a)
diperakukan sebagai telah mematuhi
Standard
Malaysia
MS 2716 oleh pihak berkuasa yang berwibawa; dan
(b)
ditandakan dengan tanda sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual.
Penandaan peranti rokok elektronik atau alat ganti