Malaysia legislation
Section 6
of PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (PERAKUAN DAN PENANDAAN PERANTI ROKOK ELEKTRONIK) 2022
Seksyen 6
Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana peruntukan
Perintah ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau
P.U. (A) 95 4
(b)
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.