Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PERINDUSTRIAN SEKURITI (DEPOSITORI PUSAT) (PENGECUALIAN) 2013

Seksyen 2

Dalam Perintah ini—

“debentur runcit” ertinya apa-apa debentur yang dicadangkan untuk diterbitkan atau ditawarkan kepada pelabur runcit dan termasuklah debentur yang berkenaan dengannya suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli debentur itu dicadangkan untuk diterbitkan kepada pelabur runcit;

“pelabur runcit” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam garis panduan yang berhubungan dengan amalan jualan yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya;

“sukuk runcit” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam garis panduan yang berhubungan dengan sukuk yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.

Section 2 — PERINTAH PERINDUSTRIAN SEKURITI (DEPOSITORI PUSAT) (PENGECUALIAN) 2013