Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH PERINDUSTRIAN SEKURITI (DEPOSITORI PUSAT) (PENGECUALIAN) 2013

Seksyen 3

Pengecualian jika skrip fizikal tidak didepositkan dengan depositori pusat

(1)

Jika depositori pusat telah membuat suatu perkiraan dengan Bank

Negara Malaysia atau suatu entiti yang bertindak bagi pihak Bank Negara Malaysia untuk memegang hakmilik atau pemilikan fizikal bagi skrip fizikal yang menjadi dasar apa-apa sekuriti, atau untuk memegang apa-apa dokumen lain yang mewakili sekuriti bagi pihak depositori pusat, sebagai pemegang bare trust bagi pendeposit, bagi

P.U. (A) 24 3

maksud Akta, sekuriti itu disifatkan sebagai didepositkan atau diserah simpan dengan, atau dipegang dalam jagaan oleh, depositori pusat itu, apabila depositori pusat berpuas hati bahawa sekuriti itu telah dideposit atau diserah simpan dengan pihak yang berkenaan.

(2)

Menteri mengecualikan pemakaian peruntukan yang berikut bagi maksud sekuriti yang dinyatakan dalam subperenggan (1):

(a)

perenggan 12(1)(c) dan (e) Akta;

(b)

subseksyen 17(1) Akta; dan

(c)

subseksyen 28(1), (2) dan (3) Akta.

Pengecualian daripada mendepositkan debentur runcit atau sukuk runcit dengan depositori pusat di bawah subseksyen 14(1) Akta 4.

Menteri mengecualikan bursa saham daripada mendepositkan debentur runcit atau sukuk runcit dengan depositori pusat di bawah subseksyen 14(1) Akta jika debentur runcit atau sukuk runcit yang berkaitan telah didepositkan dengan Bank

Negara Malaysia atau suatu entiti yang bertindak bagi pihak Bank Negara Malaysia tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh Suruhanjaya.

Pengecualian daripada penyerahan skrip di bawah subseksyen 37(2) dan 38(1)

Akta

Section 3 — PERINTAH PERINDUSTRIAN SEKURITI (DEPOSITORI PUSAT) (PENGECUALIAN) 2013