Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN (AMAUN MINIMUM DANA MODAL)(ORANG YANG DILULUSKAN) 2013
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“had dompet” ertinya nilai monetari maksimum yang boleh disimpan dalam suatu wang elektronik;
“liabiliti wang elektronik yang belum dijelaskan” ertinya—
(a)
amaun wang elektronik belum digunakan yang telah dikeluarkan; dan
(b)
amaun wang elektronik yang digunakan yang belum selesai dibayar kepada saudagar, yang bagi maksud pengiraan dana modal minimum, pengiraan liabiliti ini hendaklah berdasarkan pada kadar purata bulanan liabiliti wang elektronik yang belum dijelaskan dalam enam bulan berturut-turut sebelumnya;
P.U. (A) 204 3
“skim wang elektronik besar” ertinya suatu skim wang elektronik dengan suatu had dompet melebihi dua ratus ringgit atau liabiliti wang elektronik yang belum dijelaskan untuk enam bulan berturut-turut berjumlah sehingga satu juta ringgit atau lebih;
“skim wang elektronik kecil” ertinya suatu skim wang elektronik dengan had dompet yang tidak melebihi dua ratus ringgit dan liabiliti wang elektronik yang belum dijelaskan yang kurang daripada satu juta ringgit.
Dana modal minimum