Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN (INSTRUMEN PEMBAYARAN YANG DITETAPKAN) 2013

Seksyen 2

Instrumen pembayaran yang berikut ditetapkan sebagai instrumen pembayaran yang ditetapkan:

(a)

kad caj iaitu suatu instrumen pembayaran yang menandakan suatu barisan kredit yang diberikan oleh pengeluar kepada pengguna dan apa-apa jumlah kredit yang digunakan oleh pengguna mesti diselesaikan sepenuhnya pada atau sebelum suatu tarikh yang ditentukan, tanpa apa-apa lanjutan kredit;

(b)

kad kredit iaitu suatu instrumen pembayaran yang menandakan suatu barisan kredit atau pembiayaan yang diberikan oleh pengeluar kepada pengguna dan di mana apa-apa jumlah kredit yang digunakan oleh pengguna belum diselesaikan sepenuhnya pada atau sebelum suatu tarikh yang ditentukan, jumlah yang belum diselesaikan boleh dikenakan caj faedah, untung atau caj lain;

(c)

kad debit iaitu suatu instrumen pembayaran yang berhubung ke akaun deposit di sesuatu institusi kewangan yang boleh digunakan—

3

(i)

untuk membuat pembayaran bagi barangan dan perkhidmatan;

(ii)

untuk pengeluaran wang tunai dari mesin teler automatik atau pengeluaran wang tunai di cawangan runcit yang mengambil bahagian melalui penggunaan kad debit dengan mendebitkan akaun pengguna; atau

(iii)

bagi maksud subsubsubperenggan (i) dan (ii);

(d)

wang elektronik iaitu mana-mana instrumen pembayaran, sama ada ketara atau tidak ketara, yang—

(i)

menyimpan dana secara elektronik sebagai tukaran kepada dana yang dibayar kepada pengeluar itu; dan

(ii)

berupaya untuk digunakan sebagai suatu cara untuk membuat pembayaran kepada mana-mana orang selain pengeluar itu; dan

(e)

apa-apa gabungan instrumen pembayaran yang ditetapkan dalam subperenggan (a) hingga (d).

Pembatalan

Section 2 — PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN (INSTRUMEN PEMBAYARAN YANG DITETAPKAN) 2013