Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN (INSURANS PERLINDUNGAN DAN INDEMNITI BERKENAAN DENGAN KAPAL) (PENGECUALIAN) 2024

Seksyen 2

Dalam Perintah ini—

(a)

“insurans perlindungan dan indemniti” ertinya insurans perlindungan dan indemniti yang ditawarkan sama ada—

(i)

Perlindungan dan

Indemniti

Malaysia Sdn. Bhd.; atau

(ii)

secara pengaturan insurans bersama dengan suatu penanggung insurans berlesen di bawah Akta;

(b)

“kapal Malaysia” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 11(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 [Ord. 70/1952].

P.U. (A) 253 3

Pengecualian daripada perenggan 8(1)(a) Akta 3.

Menteri mengecualikan orang yang berikut daripada pemakaian perenggan 8(1)(a)

Akta bagi maksud menjalankan perniagaan insurans yang berhubungan dengan insurans perlindungan dan indemniti:

(a)

berkenaan dengan suatu kapal Malaysia dengan 300 berat tan kasar atau kurang, Archipelago Insurance Limited (No. Lesen IS2013136), suatu pemegang lesen insurans di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704]; dan

(b)

berkenaan dengan suatu kapal dengan 30,000 berat tan kasar atau kurang, yang tidak terhad kepada kapal Malaysia,—

(i)

Great

American

Insurance

Company

(Singapore

Branch), suatu penanggung insurans yang dilesenkan di Singapura;

(ii)

Maritime

Mutual

Insurance

Association

(NZ)

Limited, suatu penyedia perkhidmatan kewangan yang didaftarkan di New Zealand; dan

(iii)

anggota

Kumpulan

Kelab

Perlindungan dan

Indemniti

Antarabangsa (IGP&I).

Pengecualian daripada subseksyen 127(1) Akta 4.

Mana-mana orang yang membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa kontrak berkenaan dengan insurans perlindungan dan indemniti bagi suatu kapal dengan orang yang dikecualikan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 3 dikecualikan daripada pemakaian subseksyen 127(1) Akta.

Dibuat 20 September 2024

[MOF.SID(S)700-1/2/20(SK.6); PN(PU2)717/JLD.4]

DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN

Menteri Kewangan II

P.U. (A) 253 4

FINANCIAL SERVICES ACT 2013

FINANCIAL SERVICES (PROTECTION AND INDEMNITY INSURANCE

IN RESPECT OF SHIPS) (EXEMPTION) ORDER 2024

Section 2 — PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN (INSURANS PERLINDUNGAN DAN INDEMNITI BERKENAAN DENGAN KAPAL) (PENGECUALIAN) 2024