Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM (AMAUN MINIMUM DANA MODAL ATAU LEBIHAN ASET BERBANDING LIABILITI) (ORANG BERLESEN) (PINDAAN) 2022

Seksyen 2

Perintah Perkhidmatan Kewangan Islam (Amaun Minimum Dana Modal atau Lebihan Aset Berbanding Liabiliti) (Orang Berlesen) 2013 [P.U. (A) 209/2013], yang disebut “Perintah ibu” dalam Perintah ini, dipinda dalam perenggan 3 dengan memasukkan sebelum takrif “pengendali takaful semula profesional asing berlesen”

takrif yang berikut:

‘ “bank Islam digital berlesen” ertinya seorang yang dilesenkan di bawah seksyen 10 Akta untuk menjalankan peniagaan perbankan Islam, sepenuhnya atau sebahagian besarnya, melalui cara digital atau elektronik;

“fasa asas” berhubung dengan suatu bank Islam digital berlesen, ertinya suatu tempoh minimum tiga tahun hingga maksimum lima tahun mulai tarikh bank Islam digital berlesen memulakan perniagaan perbankan, sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;’.

P.U. (A) 59 3

Section 2 — PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM (AMAUN MINIMUM DANA MODAL ATAU LEBIHAN ASET BERBANDING LIABILITI) (ORANG BERLESEN) (PINDAAN) 2022