Seksyen 2
Perintah Perkhidmatan Kewangan Islam (Amaun Minimum Dana Modal)
(Orang yang Diluluskan) 2013 [P.U. (A) 210/2013], yang disebut “Perintah ibu” dalam
Perintah ini, dipinda dalam perenggan 2—
(a)
dengan memotong takrif “had dompet”, “skim wang elektronik besar” dan
“skim wang elektronik kecil”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “liabiliti wang elektronik yang belum dijelaskan” takrif yang berikut:
‘ “pengeluar wang elektronik biasa” ertinya suatu pengeluar wang elektronik selain pengeluar wang elektronik layak;
“pengeluar wang elektronik layak” ertinya suatu pengeluar wang elektronik di bawah perenggan 2A;
P.U. (A) 393 3
“pengguna aktif”
ertinya pengguna yang menjalankan sekurang-kurangnya satu transaksi sebulan untuk membuat pembayaran atau pemindahan dana menggunakan wang elektronik atau untuk mengisi semula wang elektronik ke dalam akaun wang elektronik.’.