Malaysia legislation
Section 4
of PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM (DEVELOPMENT BANK OF SARAWAK BERHAD) (PENGECUALIAN) 2025
Seksyen 4
Syarat pengecualian
Development Bank of Sarawak Berhad hendaklah—
(a)
hanya menyetuju terima apa-apa deposit Islam daripada perbadanan yang dikawal oleh Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, agensi Kerajaan
Negeri Sarawak atau badan berkanun yang ditubuhkan di bawah undang-undang Negeri Sarawak;
(b)
hanya menerbitkan atau selainnya memudahkan mana-mana orang untuk menerbitkan, iklan yang berhubungan dengan pembuatan apa-apa deposit
Islam kepada perbadanan yang dikawal oleh Setiausaha Kewangan Negeri
Sarawak, agensi Kerajaan Negeri Sarawak atau badan berkanun yang ditubuhkan di bawah undang-undang Negeri Sarawak;
(c)
hanya menyediakan kemudahan pembiayaan Islam kepada—
(i)
agensi Kerajaan Negeri Sarawak, pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun yang ditubuhkan di bawah undang-undang
Negeri Sarawak;
(ii)
perbadanan yang dikawal oleh Setiausaha Kewangan Negeri
Sarawak, agensi Kerajaan Negeri Sarawak atau badan berkanun yang ditubuhkan di bawah undang-undang Negeri Sarawak; dan
(iii)
entiti atau agensi yang dibenarkan oleh Menteri Kewangan dan
Ekonomi Baru Negeri Sarawak;
(d)
tidak terlibat dalam penyediaan kemudahan pembiayaan Islam kepada mana-mana individu atau mana-mana orang lain dalam sektor peruncitan selain orang yang dinyatakan dalam subsubperenggan (c);
P.U. (A) 83 4
(e)
dilarang daripada menyatakan kepada pelanggannya bahawa apa-apa deposit atau kemudahan pembiayaan yang ditawarkan adalah patuh Shariah melainkan jika Development Bank of Sarawak Berhad mendedahkan terlebih dahulu kepada pelanggannya bahawa apa-apa deposit dan kemudahan pembiayaan yang ditawarkan itu mematuhi prinsip Shariah termasuk cara pematuhan tersebut;
(f)
menyediakan suatu infrastruktur operasi dan pengaturan tadbir urus berhubung dengan apa-apa deposit Islam atau kemudahan pembiayaan
Islam bagi memastikan pematuhan prinsip Shariah secara menyeluruh pada setiap masa, termasuk mekanisme pengurusan risiko Shariah dan pelantikan seorang penasihat Shariah atau penubuhan suatu jawatankuasa Shariah yang selaras dengan aktiviti perniagaannya;
(g)
mematuhi semua kehendak dan sekatan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank berhubung dengan penyetujuterimaan apa-apa deposit Islam atau penerbitan apa-apa iklan yang berhubungan dengan pembuatan apa-apa deposit Islam atau menyediakan kemudahan pembiayaan Islam, termasuk mengambil apa-apa langkah untuk membetulkan hal keadaan jika, pada bila-bila masa, Bank berpendapat bahawa Development Bank of Sarawak Berhad—
(i)
telah menyetuju terima apa-apa deposit Islam, menerbitkan apa-apa iklan yang berhubungan dengan pembuatan apa-apa deposit Islam atau menyediakan apa-apa kemudahan pembiayaan
Islam dengan cara yang memudaratkan kepentingan pendeposit, peminjam atau orang awam atau bertentangan dengan prinsip
Shariah; atau
(ii)
telah menerbitkan apa-apa iklan yang berhubungan dengan pembuatan apa-apa deposit Islam yang mengelirukan atau memperdayakan, atau yang mungkin mengelirukan atau memperdayakan;
P.U. (A) 83 5
(h)
mengemukakan suatu pengesahan bertulis kepada
Bank pada setiap tahun, mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, bahawa Development Bank of Sarawak Berhad hanya—
(i)
menyetuju terima apa-apa deposit Islam daripada perbadanan yang dikawal oleh Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, agensi Kerajaan Negeri Sarawak atau badan berkanun yang ditubuhkan di bawah undang-undang Negeri Sarawak;
(ii)
menyediakan kemudahan pembiayaan Islam kepada—
(A)
agensi
Kerajaan
Negeri
Sarawak, pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun yang ditubuhkan di bawah undang-undang Negeri Sarawak;
(B)
perbadanan yang dikawal oleh Setiausaha Kewangan
Negeri
Sarawak, agensi
Kerajaan
Negeri
Sarawak atau badan berkanun yang ditubuhkan di bawah undang-undang Negeri Sarawak; dan
(C)
entiti atau agensi yang dibenarkan oleh Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Negeri Sarawak; dan
(iii)
menjalankan aktiviti perniagaan sebagaimana yang dinyatakan dalam subsubperenggan (a), (b) dan (c) dengan cara patuh Shariah;
(i)
mengemukakan kepada Bank suatu laporan audit yang disahkan oleh seorang juruaudit luar yang dilantik oleh Development Bank of Sarawak
Berhad pada setiap tahun mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank bagi memastikan bahawa Development Bank of Sarawak Berhad telah mematuhi syarat di bawah Perintah ini; dan
P.U. (A) 83 6
(j)
mengemukakan kunci kira-kiranya secara bertulis kepada Bank pada setiap tahun mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Dibuat 11 Mac 2025
[BNM/JUN/1119/40/65[KK/SID(S)/437/112012 JLD.5 (S.K.3)]; PN(PU2)717/JLD.5]
DATUK SERI AMIR HAMZAH BIN AZIZAN
Menteri Kewangan II
P.U. (A) 83 7
ISLAMIC FINANCIAL SERVICES ACT 2013
ISLAMIC FINANCIAL SERVICES (DEVELOPMENT BANK OF SARAWAK BERHAD)
(EXEMPTION) ORDER 2025