Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM (INSTRUMEN PEMBAYARAN ISLAM YANG DITETAPKAN) 2013

Seksyen 2

Instrumen pembayaran Islam yang berikut ditetapkan sebagai instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan:

(a)

kad caj-i iaitu suatu instrumen pembayaran Islam yang menandakan suatu barisan kredit atau pembiayaan berdasarkan prinsip Shariah yang diberikan oleh pengeluar kepada pengguna dan apa-apa jumlah kredit atau pembiayaan yang digunakan oleh pengguna mesti diselesaikan sepenuhnya pada atau sebelum suatu tarikh yang ditentukan, tanpa apa-apa lanjutan kredit atau pembiayaan;

(b)

kad kredit-i iaitu suatu instrumen pembayaran Islam yang menandakan suatu barisan kredit atau pembiayaan berdasarkan prinsip Shariah yang diberikan oleh pengeluar kepada pengguna dan jika apa-apa jumlah kredit atau pembiayaan yang digunakan oleh pengguna belum diselesaikan sepenuhnya pada atau sebelum suatu tarikh yang ditentukan, jumlah yang belum diselesaikan boleh tertakluk kepada rebat yang lebih rendah (ibra’) oleh pengeluar;

3

(c)

kad debit-i iaitu suatu instrumen pembayaran Islam berdasarkan prinsip

Shariah yang ada kaitan dengan suatu akaun deposit di suatu institusi kewangan yang boleh digunakan—

(i)

untuk membuat pembayaran bagi barangan dan perkhidmatan;

(ii)

untuk pengeluaran wang tunai dari mesin teler automatik atau pengeluaran wang tunai di cawangan runcit yang mengambil bahagian melalui penggunaan kad debit-i dengan mendebitkan akaun pengguna; atau

(iii)

bagi maksud subsubperenggan (i) dan (ii);

(d)

wang elektronik iaitu mana-mana instrumen pembayaran Islam, sama ada ketara atau tidak ketara, yang—

(i)

menyimpan dana secara elektronik sebagai tukaran kepada dana yang dibayar kepada pengeluar itu; dan

(ii)

berupaya untuk digunakan sebagai suatu cara untuk membuat pembayaran kepada mana-mana orang selain pengeluar itu; dan

(e)

apa-apa gabungan instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan dalam subperenggan (a) hingga (d).

4

Dibuat 19 Jun 2013

[BNM/JUN/1125/50/01; PN(PU2)717]

TAN SRI DATO’ SRI DR. ZETI AKHTAR AZIZ

Gabenor

Bank Negara Malaysia

Dipersetujui 28 Jun 2013

[KK/BPKA/K2/(S)/382/690/9/1 JLD. 4; PN(PU2)717]

DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

5

ISLAMIC FINANCIAL SERVICES ACT 2013

ISLAMIC FINANCIAL SERVICES (DESIGNATED ISLAMIC PAYMENT INSTRUMENTS)

ORDER 2013

Section 2 — PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM (INSTRUMEN PEMBAYARAN ISLAM YANG DITETAPKAN) 2013