Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM (PENGECUALIAN) 2017

Seksyen 2

(1)

Syarikat teknologi kewangan yang telah diluluskan oleh Bank di bawah

Kerangka Lingkungan Pengawalseliaan Teknologi Kewangan yang dikeluarkan oleh Bank di bawah seksyen 277 Akta dikecualikan daripada pemakaian subseksyen 8(1), 149(1) dan 150(1) Akta bagi maksud menjalankan perniagaan yang dibenarkan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(2)

Dalam Perintah ini, “syarikat teknologi kewangan” ertinya mana-mana entiti perniagaan yang berhasrat untuk menjalankan atau sedang menjalankan semua atau mana-mana bahagian perniagaan yang dibenarkan menggunakan teknologi kewangan.

Dibuat 24 Januari 2017

[KK/SID/P/(S)/9/437/1/2012(SK.1); BNM/JUN/1119/40/53; PN(PU2)717/III]

DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI

Menteri Kewangan Kedua

P.U. (A) 45 3

ISLAMIC FINANCIAL SERVICES ACT 2013

ISLAMIC FINANCIAL SERVICES (EXEMPTION) ORDER 2017

Section 2 — PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM (PENGECUALIAN) 2017