Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM (TARIKH YANG DITETAPKAN BAGI DEPOSIT ISLAM) 2014
Seksyen 2
Tarikh yang ditetapkan bagi deposit Islam
Menteri, atas syor Bank, menetapkan tarikh-tarikh yang berikut sebagai tarikh yang sehingga bila deposit Islam yang berikut, yang disetuju terima oleh suatu bank
Islam berlesen daripada pendeposit di bawah Akta Bank Islam 1983 [Akta 276] yang dimansuhkan yang tidak termasuk dalam takrifan deposit Islam di bawah Akta, hendaklah disifatkan sebagai deposit Islam sebagaimana yang ditakrifkan di bawah
Akta:
(a)
dalam hal deposit Islam, 30 Jun 2015; dan
(b)
dalam hal suatu deposit Islam berjangka yang akan dipegang untuk suatu jangka masa yang ditentukan oleh pendeposit yang mempunyai tarikh matang selepas 30 Jun 2015, tarikh matang deposit Islam berjangka tersebut.
Dibuat 19 Mei 2014
[BNM/JUN/1125/35/35; PN(PU2)717]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
P.U. (A) 149 3
ISLAMIC FINANCIAL SERVICES ACT 2013
ISLAMIC FINANCIAL SERVICES (PRESCRIBED DATES FOR ISLAMIC DEPOSITS)
ORDER 2014