Malaysia legislation

Section 5

of PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM (WANG ELEKTRONIK MAKSUD TERHAD) (PENGECUALIAN) 2024

Seksyen 5

(1)

Perintah ini hendaklah terhenti terpakai sekiranya orang itu—

(a)

gagal untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan di bawah perenggan 4;

(b)

telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah yang berhubungan dengan fraud; atau

(c)

disyaki oleh Bank telah melakukan suatu kesalahan jenayah yang berhubungan dengan fraud.

(2)

Bagi maksud pemberhentian

Perintah ini di bawah subsubperenggan (1)(a) dan (c), Menteri hendaklah melalui notis secara bertulis menghendaki orang itu, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis itu, untuk menunjukkan sebab secara bertulis mengapa Perintah ini tidak patut terhenti terpakai baginya.

P.U. (A) 461 8

(3)

Menteri boleh menghentikan pemakaian Perintah ini jika—

(a)

orang itu telah gagal untuk mematuhi notis yang disampaikan kepadanya di bawah subperenggan (2); atau

(b)

Menteri tidak berpuas hati dengan sebab-sebab yang dikemukakan oleh orang itu sebagaimana yang dikehendaki di bawah subperenggan (2).

Section 5 — PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM (WANG ELEKTRONIK MAKSUD TERHAD) (PENGECUALIAN) 2024