Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN (KONTRAK INSURANS AM UNTUK HARTA ATAU LIABILITI) 2013
Seksyen 2
(1)
Tiada seorang pun boleh membuat atau menyebabkan untuk dibuat, suatu kontrak insurans am yang berkenaan dengan harta atau liabiliti dengan penanggung insurans selain penanggung insurans am berlesen.
(2)
Bagi maksud subperenggan (1)⎼
(a)
“harta” ertinya⎼
(i)
harta, alih atau tak alih, yang terletak di Malaysia; atau
(ii)
kapal atau kapal terbang yang berdaftar di Malaysia;
(b)
“liabiliti” ertinya liabiliti seseorang pemastautin di Malaysia kepada pihak ketiga.
Dibuat 19 Jun 2013
[BNM/JUN/1125/50/01; PN(PU2)718]
TAN SRI DATO’ SRI DR. ZETI AKHTAR AZIZ
Gabenor
Bank Negara Malaysia
P.U. (A) 205 3
FINANCIAL SERVICES ACT 2013
FINANCIAL SERVICES (CONTRACT OF GENERAL INSURANCE
FOR PROPERTY OR LIABILITY) ORDER 2013